As salam dan Hai
Akhirnya berjaya jugak create satu lagi blog untuk saye rekodkan segala update dan juga advise Doctor. Sebelum ni dah ada 2 blog. Tapi alahai, ramai pulak yang kenal saye yer :) Jadi untuk kisah yang super sensitive dan bagi menjaga air muka kami suami isteri, saye decided untuk menjadi seorang yang tidak dikenali di alam maya. Boleh panggil saye Reen (Bukan Nama Sebenar) hehehe.
Apa maksud TTC - Trying to Conceive. Istilah yang orang macam saye ni gunakan bagi menggambarkan seseorang yang sedang berusaha untuk dapatkan zuriat - In Sha Allah.
Mungkin akan ada lagi istilah tambahan. From time to time saye akan update, sebab saye pun masih baru dalam dunia TTC ini. Jangan taktau memang ada tau group TTC kat Malaysia ni. Tapi of course la private group in FB.
Anyway, saye update conditions saye yer untuk panduan. Mungkin kite ada masalah yang sama :) Sama-sama kite positif dan terus berusaha.
Saye telah didiagnos dengan:
- Retroverted Uterus (RU) - 20% women in the world having RU. But still can conceive.
- Endometriosis - mine is blood cyst. This is due to RU (perhaps). Mula didiagnos with Endo masa 3rd visit with my gynea *sob sob sob
Suami saye:
Bukan dengan tujuan mengaibkan. Suami dah buat sperm test masa 1st visit dulu. Turned out count ada 10million. Sepatutnya kena ada at least minimum 20million. Out of 10ml tu, tak banyak yang aktif. Dalam 10% yang perfect. Tapi in terms of quality kurang. Dr kata banyak yang kurang perfect. Anyway, Dr ada bagi beberapa ubat untuk suami consume. Termasuklah supplement2 dari Tanah Arab. Jadi suami perlu repeat the same test untuk tengok ada peningkatan tak. Penting untuk suami ada sperm yang sihat lagi menyihatkan sebab if nak buat IUI, mesti la kena produce sperm yang perkasa jer :)
Jangan salah faham. Kami masih boleh ada zuriat dengan 10% itu. Cuma ditambah plak dengan keadaan saye yang kurang normal ni, jadi kami perlukan sperm yang perkasa untuk berenang jauh ke rahim saye :)
*I blame his work environment :p
Buat Rawatan dengan:
I/We choose Doktor Marsita Mansor di Pusat Pakar Wanita Medina / Klinik Medina di Taman Melati, KL. Alhamdulillah, pertemuan pertama terus menyebabkan saye lekat terus dengan Dr Marsita. Beliau sangat islamic, motherly, someone that you can trust (In Sha Allah dengan izin Allah). Ketahuilah bahawa korang perlukan Dr yang benar-benar serasi dengan korang. Sebab takut yer nak buat TVS tu. Walaupun takde la sakit. Nanti saye cerita lebih lanjut mengenai Dr Marsita nie :)
Next Plan yang dah Confirm:
Saye akan menjalani pembedahan. Dr nak buang endo yang tetiba beranak pinak tu (geli plak), dan juga betulkan RU. Selain daripada itu, Dr juga akan check Tiub Fallopio dan membersihkan segala poliphs yang ada kat dalam tu. Operation saye pada 28 March 2013. Semoga segalanya dipermudahkan. Sekarang saye aktif google makanan-makanan yang perlu dielak oleh seseorang yang ada endo.
Ok. Nanti kite sambung. Kata perkenalan. Panjang la plak. Hahaha
Bye!