Monday, 22 April 2013

Update Operation Buang Endo dan betulkan Rahim

As salam dan Hai 

Alhamdulillah, segalanya telah selesai. Pembedahan berjaya tanpa sebarang komplikasi. 
Rujuk post ini untuk tahu saye di diagnos sakit ape. 

Saye buat operation dengan Dr Marsita Mansor di Colombia Asia Hospital, Setapak. 
Kos pembedahan ialah RM8K +-. Dr Marsita ada bagi discount :) Saye cerita dalam bentuk jadual la. Senang nak baca dan rujuk.

27 March 2013 (Rabu)
Admission malam dalam 9.00 malam. Hari tu saye masih bekerja macam biasa. Bila dah masuk bilik semua, nurse datang ambil darah dan buat pemeriksaan lain. Bilik di Colombia amat besar dan selesa. Tak pasti rate semalaman berapa. Tapi uols boleh check kat sini Colombia Asia Hospital. Dah siap semua, saye pegi makan malam. Pukul 12.00 tgh malam dah kena puasa. Sebelum tu, nurse datang dan dia masukkan ubat di punggung untuk buang segala isi perut. Hah sejuk jer cecair tu. Hehehe mula-mula takut. Tapi nurse buat dengan pantas. Masa tu tempat yg nak dimasukkan drip tu pun nurse dah cucukkan siap2 kat tangan saye. Operation kul 8.30 pagi. 

28 March 2013 (Khamis)
Saya bangun awal dalam 6 pagi. Tak boleh tido. Nurse pun kerap datang tengok temperature semua. Takut demam kan. Tak lama lepas tu Dr bius datang. Alhamdulillah, Dr bius saye juga perempuan dan Islam :) Lega rasa. Sebab ye lah. Takut kot nak operate. Masa pagi tu baru rasa nervous sket. Dr bius explain macam mana bius yang akan dia buat. Basically, dia bagitau, die buat bius berdasarkan cadangan Dr Marsita. Saya dibius separuh dengan dicucuk kat area tulang belakang (urat-urat di tulang belakang, bukan tulang), dan dia akan masukkan ubat tido. Menurut Dr, cara ni lebih baik supaya dapat kurangkan kesan selepas operation nanti. Sebelum saye turun ke tempat operation, Dr bagi saye makan sebiji ubat penenang. Lepas makan ubat ni saye rasa mengantuk sket. Macam relaks jer rasa. 

Dalam 8.00 pagi macam tu saye di bawa ke bilik pembedahan. Saye just baring atas katil aje. Nurse-nurse tolakkan. Masa tu husband aje di sisi sebab mama dan adik-adik saye masih on the way. Saye pun xnak mama datang awal. Hah, kang memang jadi Neng Yatimah la nanges2 kat situ. Hahaha. Sebelum masuk, husband cium dahi saye dan pegang tangan dan cakap, die tunggu saye.

Dalam bilik operation nurse tanya details saye. Saye tak jumpa pun Dr Marsita masa ni. Saye jumpa die sehari selepas saye operation. Ye lah. Beliau sibuk, tapi saye faham. Anyway, masa cucuk bius kat belakang tu sakit hokeee. Tapi nasib baik Dr buat cepat. Lepas tu saye pengsan dah. Hehehe

Sedar-sedar nurse cakap dengan saye. Dalam mamai2, saye nampak husband dan mama saye follow ikut nurse tolak saye ke bilik. Sempat husband pegang tangan saye. 

Sampai di bilik saye masih mamai tapi saye dah boleh bercakap dan nampak semua orang. 

Bersambung....